Follow Me or Dashboard
This Is My Life ;

 



TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

 

  Setiap insan yang bergelar pelajar mesti menghadapi "exam" . Setiap insan yang bergelar pelajar juga sudah tentunya menginginkan "result" yang gempak, so untuk mencapainya, perlulah ada tips yang membantu para pelajar untuk menghadapi "exam" dengan lebih sistematik.

  1. PERSEDIAAN FIZIKAL



    *persediaan fizikal membawa maksud KESIHATAN pelajar itu sendiri, kerana kesihatan akan membawa kesan kepada keaadaan ketika menjawab di dewan peperiksaan. Oleh yang demikian, anda perlulah menjaga perkara berikut :
    -TIDUR YANG MENCUKUPI, iaitu sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari
    jangann kurang tidur kerana akan membuatkan anda mengantuk, jangan juga terlebih  tidur kerana juga tidak baik untuk kesihatan anda.

    -JAGA PEMAKANAN, bagi umat islam, elakkan daripada makanan yang tidak halal kerana ianya akan mengakibatkan hati mereka akan gelap. Pemakana juga perlulah dijaga, elakkan daripada memakan makanan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

    -RIADAH, elakkan dari melakukan riadah yang terlalu berat dan lama. Jika terlalu penat ketika beriadah akan menyebabkan pelajar penat dan tidak bersemanagat untuk mengulangkaji pelajaran.

    -KESELAMATAN perlulah diutamakan. Elakkan daripada menghadapi kecederaan kerana berkemungkinan akan menyebabkan anda terpaksa mengambil ujian di wad.


  2. PERSEDIAAN MENTAL

    - PELBAGAI SITUASI YANG MENEKAN DIRI PELAJAR, iaitu :
       
           *Menyerah kalah sebelum berjuang. Terdapat segelintir pelajar yang beranggapan bahawa
    mereka akan mengulangi kegagalan yang sama tanpa berusaha untuk memperbaiki keputusannya yang lalu.

           * Merasa belum bersedia. Keadaan ini merujuk kepada mereka yang sudah mengulangkaji akan tetapi pelajar tersebut takut dan belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

           * Harapan Ibubapa yang terlalu mangharapkan kejayaan anaknya, kadangkala membebankan pelajar. Oleh yang demikian, disarankan agar para ibubapa agar turut mendorong anak mereka agar berusaha dengan kemampuan yang dimiliki dan turut meyakinkan anak-anak bahawa mereka redha walau apapun keputusan yang bakal anaknya dapat. Hal ini kemungkinan akan mengurangkan tekana dan beban yang ditanggung oleh pelajar.

    -BERFIKIRAN POSITIF.

       *Fokuskan mental anda kepada apa yang anda PERLU LAKUKAN dan hasil yang anda harapkan.
     
       * Tidak perlu risau akn keputusan yang bakal anda dapat, akan tetapi risau lah jika masa anda yang ada tidak disia-siakan untuk berusaha sepenuhnya.

      * Gunakan kata-kata semangat yang positif dalam diri anda seperti "saya boleh! " .
  3. PERSEDIAAN EMOSI

    -Elakkan daripada berlakunya gannguan emosi disaat-saat menghadapi peperiksaan. Contohnya seperti :
             *bergaduh dengan rakan-rakan.
             
    *melakukan perbuatan yang boleh membuatkan ibubapa marah.
             *putus cinta
             *terlibat dengan "cinta monyet"
             *bersikap terlalu "overconfident".

    -Banyakkan besifat SABAR.
  4. PERSEDIAAN ROHANI.

    - Melakukan perkara yang boleh menenangkan jiwa. Sebagai hamba, perlulah tunduk dan mendekatkan diri kepada-Nya agar mendapat ketengangan jiwa.

    - Sebagai contoh :
        *sentaiasa bermunajat kepada Allah ( perbanyakkan solat sunat Hajat )
       *minta doa dengan kedua ibubapa, kerana doa ibu bapa terhadap anaknya selalu termakbul.
       *perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir, agar mendat ketenangan dan dapat menerangkan hati.
      



 Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat mengambil dan mengamalkan tips-tips untuk menghadapi "exam". ^_^

 


0 Comments:

Post a Comment


Older Post | Newer Post